Monday, 21 May 2012

MOVIE MAKER

Movie Maker ialah satu perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu persembahan multimedia yang menarik. Dengan menggunakan perisian ini kita boleh menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, video, animasi dan audio serta kesan khas (special effect) untuk menghasilkan satu persembahan.

Contoh :





AUDACITY


Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital, pemprosesan dan komponen tranmisi. Matlamat utama yang diperolehi daripada audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan dapatan semula.
Antara jenis audio yang digunakandalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications) untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah :
  • Narasi/ penceritaan - ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan.
  • Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi penting.
  • Kesan bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan, angin, dan sebagainya. 


ADOBE PHOTOSHOP - Perisian Penghasilan Imej Untuk Media Digital Dalam Bilik Darjah

Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam:
  • Penerbitan bercetak (buku, majalah dan poster)
  • Penerbitan Digital (persembahan multimedia, rekabentuk laman web dan kiosk)
Contoh :

POWERPOINT : Perisian Persembahan Di Dalam Kelas

Persembahan Powerpoint terdiri daripada helaian individu atau lebih dikenali sebagai slaid. Slaid ini mengandungi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, bunyi dan sebagainya yang boleh disusun mengikut kreativiti pengguna.

Contoh :






































POSTER

Untuk menghasilkan poster, beberapa pertimbanagan perlu dilakukan ke atas perkara-perkara berikut :
  1. Poster yang baik mampu menarik perhatian pelajar dan dapat menunjukkan secara jelas kandungan bagi topik yang dibentangkan.
  2. Kandungan mesti disampaikan secara cepat dan jelas. oleh kerana itu, mesej perlulah ringkas dan mudah untuk difahami.
  3. Poster tersebut sepatutnya mampu menarik perhatian pelajar walaupun topik yang dibentangkan agak membosankan.
Contoh :



PENGENALAN

 
 
 
Pandangan tentang teknologi pendidikan sebagai  media dan audiovisual masih diterima sehingga hari ini. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran pelajar.Boleh dikatakan bahawa peranan utama teknologi pendidikan adalah untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap guru harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pemilihan, penggunaan dan penilaian media teknologi pendidikan. Dengan perkataan lain, para guru harus inovatif dalam menggunakan pelbagai media seperti buku,tranparensi, televisyen, radio, komputer dan sebagainya dengan secara lebih kreatif.
 
Sebelum sesuatu pengajaran dilangsungkan,guru dapat membuat perancangan yang lebih teliti di mana dirasakan sesuai mengikut keadaan kelas serta tahap penerimaan pelajar. Dengan bantuan teknologi,guru boleh mempunyai lebih banyak alternatif dalam memilih cara penyampaiannya mengikut kesesuaian. Perancangan yang teliti dapat menghasilkan penyampaian yang terbaik.Guru juga boleh menjadikan penyampaian lebih kreatif dan inovatif.


Oleh sebab itu, sebagai persediaan guru perlulah diberi ilmu pengetahuan dan panduan supaya mereka berkemampuan boleh menggunakan segala kemudahan dan bahan-bahan teknologi pendidikan terkini.Ini membolehkan guru lebih bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan teknologi.
 

Apakah Teknologi?
Teknologi pada asasnya merangkumi pelbagai aspek iaitu yang pertama Teknologi sebagai Objek yang terdiri daripada mesin-mesin elektronik dan alat-alat, senjata dan seumpama. alat-alat ini sebenarnya melibatkan penggunaan tenaga manusia bersama mesin-mesin untuk menghasilkan sesuatu bahan. Kemudian kita beralih kepada Teknologi sebagai Pengetahuan iaitu bagaimana teknologi inovasi ini dapat menyampaikan maklumat menerusi internet dan mudah didapati kepada mereka yang memerlukan kepadanya. Seterusnya Teknologi sebagai Aktiviti, iaitu manusia menggunakan teknologi untuk melakukan kerja dengan lebih teratur dan kemas, meningkatkan lagi kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik dan berkualiti serta digunakan sebagai persidangan untuk forum-forum yang membincangkan seseuatu hal melibatkan pihak-pihak yang jauh dan sukar ditemukan pada suatu tempat tetapi mampu menghasilkan penghasilan gerak kerja yang berkualiti. Kemudian Teknologi juga sebagai Proses iaitu menjadi satu daya keperluan dan kemudiannya diakhirinya dengan penyelesaian. justeru itu, Teknologi bertindak sebagai Sistem Manusia (Sosiatechnical) iaitu gabungan objek lain dengan manusia contohnya pembelajaran jarak jauh (PJJ) menerusi internet dengan lebih mudah dan menjimatkan.


Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.


Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.


ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.


Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-
• Merupakan penghasilan baru
• Berbentuk maujud dan mujarad
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai


Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-
1. Peringkat individu
2. Peringkat organisasi